Tuesday, April 28, 2009

Ombak Rindu

sedang aku
berjalan
melintasi pesisir
pantai hati
luas lautan kasih
aku nikmati
keindahan
nyaman
damai
ombak rindu
menyentuh
kaki jantung
pepasir kenangan
bertamu
biar sedikit
kerana
tiada mungkin
dapatku ketemui
lagi
ombak yang
lewat membasahi

Monday, April 27, 2009

Syair Rindu

Syair Rindu

sunyi semalam
kini masih
saat rindu
berlabuh
pelabuhan hati
kini sarat
antara rindu
tawa dan sendu
beriringan

wajah kusam
hilang ceria
bisikan semalam
mengusik sanubari

perasaan
hadir tanpa undangan
menerjah ruang
garing jiwa

dalam rentak
irama syahdu
hati menyanyi
Syair Rindu


azmi alkelantani
putrajaya
2 jamadil awwal 1430 H

Dikir Barat di UM



kepada semua peminat dikir barat di Lembah Klang khususnya dan seluruh Malaysia amnya agar dapat kita bersama-sama memeriahkan persembahan dikir barat ini.
Jemie Kebah akan bersama-sama menjayakan persembahan dikir barat....jumpa anda di sana....Majulah seni budaya bangsa.

Wednesday, April 22, 2009

Pertemuan

Allah telah merancang satu pertemuan yang membuahkan satu lagi perkenalan...Pada mulanya saya tidak bercadang untuk adakan entri ini kerana saya seolah berjanji untuk tidak menulis sekiranya saya dapat berjumpa dengan Rozais...namun tidak dapat tidak ingin saya berkongsi betapa keindahan itu sukar diperolehi tanpa melalui jalan yang sukar....debaran rasa saya semakin kuat menanti kehadiran Rozais kerana saya tidak dapat menghubunginya. pada masa yang sama juga saya harap rozais dapat hubungi saya..saat kepala bingung memikir...sepasang mata memandang ke arah saya dengan lontaran senyuman yang saya rasa sukar untuk ditafsirkan...Mereka bertiga...Alhamdulillah...berbaloi minyak kereta....sempat jumpa...terima kasih..Pertemuan itu adalah antara Azmi (Bukan Jemie Kebah) dan mereka bertiga sementara Ku Seman sebagai saksi......saya risau jemie kebah akan mencacatkan pertemuan ringkas itu....untuk pengetahuan, jemie kebah pun turut hadir meraikan pertemuan itu namun hanya sebagai saksi untuk pengesahan pertemuan itu...harap pertemuan itu titik mula untuk pertemuan yang seterusnya....dan perkenalan yang saya sebutkan di awal tadi akan mencetuskan titik pertemuan pertama di lain hari.

Thursday, April 16, 2009

Senandung Madah

madah
susunan bait kata
muncul sebalik
deretan aksara

indah bahasa
belum pekertimu

kejujuran
keikhlasan
kemurnian
cahaya hati
indahnya bicaramu

indah bahasa
kita junjung
namun
tuturan tiong
mainan telinga

madah
bait kata
puitisnya
mengonggcang sanubari

mata pedang
selayaknya
luka
bila terhiris
pedih
kala tertusuk

madahku
bukan nilaian
bibirku
tiada mengerti
perkataan ku
hati ku
persaanmu

Monday, April 13, 2009

Antara Sendu dan Ketawa

aku mula menilai antara sendu dan ketawa. dalam asyik hilai ketawa kita harus sedar, sendu sering mengingatkan kita nilai sebuah ketawa. suatu hari yang entah kita tahu tarikhnya, ketawa akan melabuhkan tirai. kita selalu berkonflik tentang sendu dan ketawa. ketawa dan sendu memang intim. dalam perasaan, sendu dan ketawa saling memerlukan. di kala sendu semestinya ketawa mengubat segala kepiluan. sendu juga seringkali bertandang di pinggir keasyikan. sendu mengingatkan agar jangan terlalu menguasai keasyikan. sendu yang tanpa ketawa, manusia akan hilang kewarasan diri begiru juga sebaliknya.biarkan sesekali kita bersendu demi memahami apa yang kita ketawakan semalam.