Wednesday, March 28, 2012

Tanpa Tajuk

Saban hari rakyat semakin dihimpit beban kewangan termasuk kakitangan awam. Masalah parkir di pejabat kerajaan memang membebankan. Bagimana emosi penjawat awam yang terpaksa meletakkan kenderaan denga kos RM1 sejam. Mereka terpaksa meletak kenderaan tidak kurang dari 6 jam sehari. Kos makan dan minum yang agak mahal di sekitar kompleks E khususnya. Emosi mereka ini sedikit sebanyak menggangu perkhidmatan mereka. Slogan rakyat didahulukan
suatu retorik semata yang tidak mengira sensitiviti rakyat bawahan. Tulisan tidak berhasrat ke arah membenci kerajaan namun kesedaran rakyat yang tidak lagi tertipu dengan janji manis. Beban kewangan ini tidak boleh dibeli dengan RM 500. Perbelanjaan yang sering defisit membuat rakyat ada yang terpaksa mengikat perut. Harap pembesar negara patut malu dengan tindakan mereka.m Kereta yang mereka naik, Inspira atau Perdana milik kerajaan. Elaun yang diterima bukan milik mutlak kerajaan tetapi harta rakyat yang harus dikongsi bersama tetapi mereka berkerja unti membebankan rakyat.

Wednesday, March 21, 2012

Aqidah Islam

Aqidah Islam sebuah buku terjemahan karangan Sayid Sabiq, Aqaidul Islam. Sempat menjamah beberapa muka surat cuma setakat ini. Aqidah ialah asas kepada Islam yang membezakan Islam dengan anutan lain. Aqidah tauhid inilah yang mengikat tali antara manusia dengan Allah. Seinci pun tidak akan terlepas dari Allah. Iman pula yang membezakan jarak dan kekuatan simpulan tali Aqidah.

Thursday, March 15, 2012

Salik Mencari Khalik

Berjalan di atas landasan kehidupan menuju negeri abadi. Pertahanan diri mesti kuat. Iman yang kalis segala godaan keduniaan. Di dunia kita singgah mencari bekal. Anugerah rahmat dan cubaan yang menduga dinilai dengan pertimbangan Iman. Nafsu dan aqal belum cukup ampuh menjadi pembeda antara haq dan batil. Al-Furqan antara nama bagi Al-Kitab. Yang juga ditafsirkan sebagai pembeda antara yang haq dan yang batil. Kewarasan diri seharusnya menerima setulus hati setiap kata dari kalam Allah.

Berjalan dan terus berjalan. Ladang dunia yang terbentang luas diperuntukkan untuk menyemai benih iman yang mencambahkan bunga-bunga taqwa. Bunga taqwa itu perhiasan diri. Di pentas akhirat akan diperagakan di hadapan Rabbul Jalil.

Wednesday, February 29, 2012

Penghujung Senja

tirai senja berlabuh

menyingkap layar malam

sunyi alam menjemput resah

sinar fajar

kian pudar

bayang-bayangku hilang bersama kelam malam

kedengaran hanya suara

suara nafas

rindu fajar semalam

bertemankan bintang bergantungan

mencari arah

meredah malam gelita

kesesatan

diri tanpa bayang

di celah-celah arus sepi sunyi yang hening

di penghujung senja

melangkah terus

mengejar cahaya

mencari diri

Friday, February 24, 2012

Februari 2012

Dengan nama Allah bicara dimula.Mohon berkat tuhan yang Esa. Pertengahan Feb kakiku melangkah gagah memasuki pejabat baru di E3, Presint 1 WilayahPersekutuan Putrajaya. Ku hidupkan kembali ruang bicara ini. Meransang gentian saraf otak memilih diksi. Agak kaku jemari memetik kekunci di samping otak mulakan fungsinya. Sekadar ini untuk permulaan.

Friday, March 26, 2010

FIKIR LAH

apa kamu fikir diam mereka itu kerana mereka bisu
jawabku
diam mereka itu kerana mulut mereka
dipenuhi suapan rasuah

apa kamu fikir kaku kaki mereka kerana cacat anggota mereka
jawabku
mereka ditambat ikat dengan rantai emas mewah

apa kamu kira otak mereka kurang kewarasannya kerana mereka gila
jawabku
kotor jiwa kerana sumpah maki hamun fitnah

apa kamu fikir kotor pakaian mereka kerana miskin kedana
jawabku
busuk hati mereka mengotori jasad mereka

apa kamu fikir mereka tiada endah katamu kerana mereka pekak
jawabku
ego
tamak
haloba
rakus
menyumbat rongga telinga mereka

apa kamu fikir senyum mereka itu kerana peduli nasibmu
jawabku
senyuman itu hanya pada apa yang ada padamu
minyakmu
balakmu

Monday, March 22, 2010

Mencari Khalik

aku diam
menghuni belukar kesesatan
langkah lemah
amat sulit
rentas perjalananan salikku

kitab pedoman kuselak helaiannya
mencari panduan
teropong syuhud di tangan

senja merah menyentuh ubun-ubun usia
kelam dosa menghalang
pancaran nur
pandangan basirah kabur

ku gagahi salikku
nasyid puji-pujian membasahi lidahku
irama tasbih bertingkah tahmid berselang takbir
dalam merdu irama tangis keninsafan

perjalanan salik keteruskan
titisan embun maghfirah aku dambakan
dalam pencarianku
menuju makam para kekasih Mu
istana keimanan
singgahsana istirehat Anbiya` Mu

aku dalam salik
mencari khalik