Monday, February 23, 2009

titisan air mata itu
darah yang mengalir
dari hati yang dilukai

Friday, February 20, 2009

Dua Insan Bercinta

dalam kedamaian taman kasih
jemari cinta bertaut erat
kuntuman rindu mekar menghiasi
terukir secebis memori
terpahat indah di lubuk sanubari
dua hati bersatu menyemai benih janji
lautan suka duka harungi bersama

Thursday, February 19, 2009

Dalam Kesamaran


dalam gerimis aku melangkah
mencari sinar harapan
dengan jiwa yang kosong
tanpa setitis kasih
buat hilangkan dahaga rindu ini
langkah ku dulunya kaku
kini merentasi wadi kesepian
terkapai-kapai dalam kesamaran
tiada ku ketahui titik hujungnya

Wednesday, February 18, 2009

hari ini aku berpeluang untuk ke pertandingan teater di UPM.aku menerima jemputan dari Asrul (Budak Kelantan)kerana dia salah seorang hakim yang bertanggungjawab menghakimi pertandingan teater tersebut

Syahadah

aku adalah aku
siapa pun aku
kau lah segalanya
maujudmu syahadahku
zahir batin
bersatu dalam wujudku
bukti penyaksian
haq yang tiada batil
kita bertemu
dalam syahadah
kita memuji
dalam syahadah
zat memuji sifat
sifat memuji zat
maka bertauhidlah aku
dalam mencari sir
dalam sir ada rahsia
rahsia wahdatul wujud

Tuesday, February 17, 2009

Pelakar

bedegung bunyi pelakar llangit
bedegung pelakar bunyi lagi
aku pekuk telinga
aku pekuk telinga?!
bakpo aku pekup telinga
takdok guna aku pekup telinga
mugo pelakar bunyi doh

Monday, February 16, 2009

Kedai Kopi alkelantani

Selamat Datang Ke Kedai Kopi Alkelantani

Kedai Kopi alkelantani telah dilancarkan dengan jayanya oleh ketua kampung Putrajaya pada 20 Safar 1430H bersamaan 16 Februari 2009 M.Tuan Kedai kopi harap tiada topik yang menyinggung mana-mana perasaan.Untuk kedai kopi ini tidak ditarik balik permitnya harap jangan berbual perkara yang bukan-bukan di kedai kopi ini. Tuan kedai kopi tidak akan teragak-agak untuk tutup kedai ataupun premis ini akan di tarik permitnya oleh Pihak Berkuasa Tempatan.


Gambar kenangan semasa persembahan dikir barat di pesta Ponggal. ini kali kedua aku membuat persembahan dikir barat bersama kaum india.
Penulis bersama kunpulan Kenchana Putra.
burung berkicau
saat embun menitik
rona matahari
di langit jingga
indahnya alam maya
menggamit kenangan
dingin malam
nan syahdu
mengulit kesepian
memori usang
segar di ingatan

Di Ambang Senja

Milah mula keluar daripada rumahnya setelah berlaku pertelingkahan kecil dengan emaknya. Milah tidak dapat meneruskan pelajarannya ke tingkatan empat. Ini kerana dia gagal dalam peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP). Mengikut rekod guru di sekolahnya, Milah adalah antara pelajar yang berkebolehan tetapi sejak akhir-akhir itu ia semakin merosot. Mungkin kerana terlalu leka dengan keseronokan berkawan, dia lupa pelajarannya. Dia pada masa itu berkawan dengan Karim anak kepada Ketua Kampung Dusun Rambutan. Kampungnya bersebelahan dengan kampung Milah.

Milah yang dulunya seorang yang sopan tingkahnya semakin hari semakin berubah. Cara berpakainnya juga agak berubah. Karim selalu membelikan pakaian dan belanja Milah makan. mereka selalu keluar bersama. Keluarganya yang agak berada membolehkannya Karim hidup bermewah-mewah.Karim lima tahun lebih tua daripada Milah. Milah yang kematian ayah dan dalam keadaan yang berdukacita menerima kehadiran Karim tanpa memikirkan baik buruknya. Dia mula lupa pada pelajaran. Fikiran yang bercelaru dan berserabut dalam berdukacita sertakesuntukan duit belanja menjadi konflik dalam keluarg Milah. Ibunya Kak Esah mula membebel dengan perubahan sikap yang berlaku pada Milah.

Milah dengan keputusan yang ada, nekad untuk mengikut Karim ke Kuala Lumpur setelah dipujuk oleh Karim. Karim yang juga tamat tingkatan lima dengan keputusan SAP sekarang bekerja di Kuala Lumpur. Walaupun dinasihati oleh maknya agar tidak ke Kuala Lumpur kerana dia akan sendirian nanti tetapi tiada diendahkan. Peristiwa lima belas tahun itu membuatkan Kak Esah bagaikan separuh mati.

Apa yang membuatkan Milah sanggup untuk meninggalkan kampung adalah kerana peristiwa yang berlaku pada suatu hari ketika dia pulang daripada pekan setelah berjumpa dengan Karim.......
bersambung

Friday, February 13, 2009

Kamar Kasih

dalam kesunyian kamar kasih
ku isihkan himpunan rindu
bunga-bunga cinta mekar berkembang
menghiasi ruang kamar
lakaran perasaan menjadi ukiran jiwa

Thursday, February 12, 2009

Cepat.

dalam dunia yang serba moden ni semua nak cepat. kerja nak kena siapkan cepat. assignment nak siap cepat. tapi yang kelakar nye kawan aku yang satu ofis baru mengandung 4 bulan lebih pun dah pergi register 'bakal' anak kat taska. pelik nya dunia sekarang.

Tuesday, February 10, 2009

Dikir Barat

2 hari lepas alkelantani terima jemputan untuk berdikir barat dengan rakan seperjuangan dalam arena dikir barat di proton, shah alam. ramai kawan-kawan di sana. jemputan yang datang daripada singapura pun ada. cuma satu yang aku bangga derngan persembahan malam tu, tiada 'minus one' seperti dikir barat di kelantan. tak ada goyang inul. aku dah naik menyampah dengan dikir barat di kelantan. pertandingan dikir barat yang aku sertai pada tahun lepas dalam pertandingan dikir barat kreatif di lembah klang, pernah di kritik oleh seseorang yang mungkin orang kuat pendikir (persatuan pennggiat dikir barat). tapi apa dah jadi dengan mutu dikir barat di kelantan yang semakin teruk. tahniah kepda penggiat seni di lembah klang yang masih mengekalkan keaslian dikir barat.

Friday, February 6, 2009

Di Ambang Senja

Di serambi rumahnya Kak Esah menghabiskan waktu petang menunggu kepulangan anak kesayangannya Milah sekiranya dia akan pulang. Itulah harapan Kak Esah. Milah kini entah di mana berada. Dalam usia yang mencecah 70 tahun, keadaan Kak Esah amat menyedihkan. Setelah kematian suami, dia terpaksa menanggung bebanan tanggungjawab. Dia terpaksa menyara hidupnya dengan menjual hasil pucuk-pucuk ulam kepada peraih. Kak Esah agak bernasib baik juga kerana berjiran dengan seorang pemuda yang bernama Kassim yang selalu bertanya khabar dan mengangkut air untuk kegunaan Kak Esah. .....bersambung

Wednesday, February 4, 2009

Terima Kasih

Sudah lebih kurang sebulan blog ni berjalan dan alkelantani ucapkan terima kasih kepada semua pelayar blog ni. Harap komen daripada anda semua. Segala maklum balas tak kira yang komen dalam blog ke dalam hati ke sekali lagi ucapan terima kasih.

Sebagai pengharagaan anda semua saya akan persembahkan sebuah cerpen buat bacaan anda semua.

Nanti kemunculan cerpen Di Ambang Senja setiap Isnin....InssyaAllah....

Tuesday, February 3, 2009

Kera Sumbang

Orang yang suka bersendirian selalu dianggap dan diumpamakan dengan ungkapan "kera sumbang". Bagi alkelantani, sikap itu masih lagi dalam norma manusia. Apa yag di luar batas kemanusiaan ialah perlakuan yang sumbang macam kera. Itu memang tidak bertamaddun.

Adil ke tak adil ?

Kau kawin dengan datuk dapat jadi datin.
Aku takkan kena kawin dengan nenek baru nak dapat datuk.

Tuah

Aku mungkin bukan seorang yang bertuah. Tapi aku ingin jadi antara manusia yang membawa tuah.