Monday, April 13, 2009

Antara Sendu dan Ketawa

aku mula menilai antara sendu dan ketawa. dalam asyik hilai ketawa kita harus sedar, sendu sering mengingatkan kita nilai sebuah ketawa. suatu hari yang entah kita tahu tarikhnya, ketawa akan melabuhkan tirai. kita selalu berkonflik tentang sendu dan ketawa. ketawa dan sendu memang intim. dalam perasaan, sendu dan ketawa saling memerlukan. di kala sendu semestinya ketawa mengubat segala kepiluan. sendu juga seringkali bertandang di pinggir keasyikan. sendu mengingatkan agar jangan terlalu menguasai keasyikan. sendu yang tanpa ketawa, manusia akan hilang kewarasan diri begiru juga sebaliknya.biarkan sesekali kita bersendu demi memahami apa yang kita ketawakan semalam.

2 comments:

  1. Azmi,
    Saya setuju benar dengan sendu dan ketawa yang saling bergiliran, umpama mentari dan purnama.

    Justeru itulah saya sentiasa menghentikan tawa secara tiba-tiba setiap kali sedar akan duka yang bakal menyapa sesudahnya, kerana saya sering mengalami giliran keduanya.

    ReplyDelete
  2. ketawa itu bicara hati yang gembira..
    sendu pula merupakan penghayatan kepada duka nestapa..

    hari ini..
    ramai ketawa agar dapat menelangkup rasa hiba dan duka... menjaga insan2 yang ketawa menghayati rasa gembira..

    ReplyDelete