Friday, September 18, 2009

SALAM AIDILFITRI

SALAM AIDILFITRI

di kesempatan ini saya ingin memohon ribuan keampunan daripada kenalan dan semua yang berkunjung serta yang mengenali saya di atas semua kesilapan yang pernah saya lakukan mahupun ia disengajakan atau tidak. saya juga ingin mengucapkan SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN.

saya akan pulang ke kampung esok pagi dan mula bercuti sehingga isnin minggu depan.

sebulan berlalu
kita bermujahadah
pohon keredhaan
khalik yang maha kuasa
jalan salik dilalui

dugaan Ramadhan
menempis duniawi
demi ukhrawi

biar hayat ini
disaluti keinsafan
menjunjung keimanan

semoga Ramadhan
masih sudi diketemui
demi rintihan ini
agar umur ini dipanjangkan

amin
ya rabb




SALAM AIDILFITRI

- azmi alkelantani -

Friday, September 4, 2009

Kampungku

kabus pagi
menyelimuti susuk ku
dingin kasih mu
rahmat tiada terbalas

nyanyian unggas
bersilang desir angin
menerbangkan jiwa ku
merentas daerah kedamaian

liuk gemalai dedaun nyiur
menyembah tari
mengikut rentak hatiku
bertingkah irama denyut nadi
menghiburkan

pepohon merimbun
gunung yang menghijau
mencecah kabus awan
mengirim rindu ini

rinduku
menjengah halaman kampungku