Wednesday, April 22, 2009

Pertemuan

Allah telah merancang satu pertemuan yang membuahkan satu lagi perkenalan...Pada mulanya saya tidak bercadang untuk adakan entri ini kerana saya seolah berjanji untuk tidak menulis sekiranya saya dapat berjumpa dengan Rozais...namun tidak dapat tidak ingin saya berkongsi betapa keindahan itu sukar diperolehi tanpa melalui jalan yang sukar....debaran rasa saya semakin kuat menanti kehadiran Rozais kerana saya tidak dapat menghubunginya. pada masa yang sama juga saya harap rozais dapat hubungi saya..saat kepala bingung memikir...sepasang mata memandang ke arah saya dengan lontaran senyuman yang saya rasa sukar untuk ditafsirkan...Mereka bertiga...Alhamdulillah...berbaloi minyak kereta....sempat jumpa...terima kasih..Pertemuan itu adalah antara Azmi (Bukan Jemie Kebah) dan mereka bertiga sementara Ku Seman sebagai saksi......saya risau jemie kebah akan mencacatkan pertemuan ringkas itu....untuk pengetahuan, jemie kebah pun turut hadir meraikan pertemuan itu namun hanya sebagai saksi untuk pengesahan pertemuan itu...harap pertemuan itu titik mula untuk pertemuan yang seterusnya....dan perkenalan yang saya sebutkan di awal tadi akan mencetuskan titik pertemuan pertama di lain hari.

9 comments:

  1. Salam Azmi, syukur semalam saya mendapat seorang lagi teman baru yang sebelum ini dikenali melalui nama saja. Demikian catatan saya pada saat sebelum berangkat pulang tiga gadis Padang Embun ke kampung halaman. Semoga bertemu lagi.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum wrh. mth. wbr. kth.
    kelah demo mi, ku seme editor tersohor tuh jadi saksi demo jupo gewe? tabek nyetok kawe!

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum saudara Azmi,
    Disini ada 3 nama, Azmi, Ku Seman dan Rozais. Siapa yang jadi saksi siapa ni? Anda jadi saksi untuk ku seman atau macam mana? Jemie Kebah tu siapa pulak?, maaf kalau bertanya.

    ReplyDelete
  4. 3 orang itu menjadi saksi dalam satu pertemuan yang amat indah susunannya...tanpa pertemuan yang saya sebutkan mungkin tiada perkenalan....jemie kebah satu watak yang amat sinonim dengan azmi...

    ReplyDelete
  5. ku seman yang dimaksudkan tu yang kerja utusan tu ke? kenapa dia ada di situ?

    ReplyDelete
  6. Pertemuan yang siap diatur selalunya indah susunannya, saya kira pertemuan yang tidak terduga atau tidak dirancang, lagi indah suasananya dan lebih bermakna, biasanya kekal dalam jiwa, malah menakjubkan. Bukan begitu saudara Azmi.

    Saudara ini agak teruja, ada apa-apa ke. Maaf sekali lagi jika masih bertanya.

    ReplyDelete
  7. Pertemuan yang amat indah susunannya???

    ReplyDelete
  8. Ku Seman dengan Rozais? Hmmm serasi sangat kedua-duanya.

    ReplyDelete
  9. Pertemuan yang amat indah susunannya??

    ReplyDelete