Tuesday, March 31, 2009

Opis Baru

Aku kat opis baru macam ni la hari-hari.... suasana memang agak berbeza berbanding dengan opis lama....keadaan bebeza membuatkan perasaan juga berbeza...di sini aku masih lagi mendapat fasiliti yang mencukupi terutama meja dan komputer....namun begitu aku masih lagi dapat buat kerja...itu dari segi kemudahan....fasiliti yang kurang mencukupi tidak menyukarkan untuk aku bekerja....apa yang bezanya di sini aku sentiasa senang untuk hadir ke pejabat...bukan seolah seorang murid yang tidak suka kepada pengawas yang asyik mencari kesalahan orang sahaja...sedang kebaikan sendiri belum ada untuk orang berterima kasih...kebaikan ku bukan untuk di nilai cuma hanya meletakkan sesuatu agar kena pada tempatnya...Mesti timbul persoalan mengapa yang berkisarkan tentang ini baru ditulis sedangkan aku sudah hampir sebulan berpindah....Masa juga aku perlukan untuk aku menilai adakah perasaan gembira ku sama pada hari aku mula melaporkan diri di Bahagian ini sehingga sekarang....Dan seperti aku nyatakan tadi ini lah natijah bila pangkat dan kuasa tidak mempengeruhi emosi dan sikap....aku dapat menjalankan tugas Insyaallah dengan sebaik mungkin....sekali lagi aku berpesan pada aku dan kawan-kawan...buat lah kebaikan bukan untuk dinilai tetapi meletakkan sesuatu kena pada tepatnya...


alkelantani

Wednesday, March 25, 2009

Cinta

cinta bagaikan permata. ia kan tetap bersinar digilap dengan kejujuran dan kikhlasan. permata cinta adalah lambang ikatan dua orang insan. sebagai tanda ikatan, cinta akan tersarung di jari dan permata kan terpahat di hati. sinar cinta akan terus menyinar sekiranya ditempatkan pada tempat yang sepatutnya.

cinta
itu bukan mahuku
sayang
bukan ku impikan
walau berulang kali
kau lafazkan
lembut bahasa
tutur ditutur
indah kata
madah dimadah
belum mampu
zahirkan yang tersurat
pintaku cuma satu
keyakinanmu

Friday, March 20, 2009

Bila Jiwa Berbicara

hati sering berbicara
menafsir bahasa alam
tanpa aksara
dan bait ayat
penuh dengan makna
puitis madahnya
lenggok daun meliuk
lembut maha pencipta
gerimis yang mengalir
rahmat dari Ar-Rahim
hati ini tenang
memandang kehijauan
elok ciptaan Mu

Monday, March 16, 2009

Perjalanan

dalam perjalanan ini kita harus redha dengan rintangan. ranjau perjalanan menjadilumrah. siku liku ini kita hadapi dengan ketabahan. dalam melayari bahtera kehidupan kita semamangnya perlu lengkapkan diri dengan segala macam kelengkapan....
di sini aku ingin coretkan sebuah puisi untuk tatapan kita merentas alam maya ini.

Bahtera Insan

tatkala sauh dinaikkan
kemudi tersedia di tangan
kompas aqal menentu haluan
meredahi lautan kehidupan
ombak badai itu peraturan
rahsa alam jadi pedoman
hukum alam adalah ketentuan
roda takdir di putaran
persis siang malam bergantian
ombak bertingkah buat hiburan
layar teguh berpaksi iman
menempuh megah badai taufan
puja impian tatap kenyataan
sketsa pelayaran bahtera insan

azmi alkelantani
Putrajaya, 16 Mac 2009

Tuesday, March 10, 2009

Kantung Pemikiran

kantung pemikiran
kian menyempit
persoalan
permasalahatan
pencarian
memenuhi ruang rongga
neraca kewarasan
di luar kemampuan

kantung pemikiran
kian dibatasi
kotak waktu
yang tiada
pernah memungkiri
walau sedetik

kantung pemikiran
persis angkubah
bergerak malar
mengekori masa

Pindah

Hari ini alkelantani akan memulakan tugas di tempat baru...10 Mac 2009 bersamaan 13 Rabiul Awal 1430H. Hijrah ini walaupun bukan kehendak hati namun sunnatullah dalam takdirnya. Sememangnya hijrah Rasul pun berlaku dalam bulan Rabiul Awal cuma perkiraan tahun Hijrah dikira pada bulan Muharam kerana niat Hijrah adalah pada bulan Muharam.

Kepada rakan Bahagian Kawalan Penyakit dapat meneruskan tugas kalian tanpa ada sifat yang boleh menjejaskan kalian....Saya juga akan meneruskan tugas saya Di Bahagian Kejuruteraan Kementerian Kesihatan....

alkelantani 13 Rabiul Awal 1430 H

Wednesday, March 4, 2009


Di Puncak Rindu

tiap kali
hembusan bayu
singgah menyapa
aku sering bertanya
kiranya ada
kiriman buatku
khabar dari kejauhan
aku seakan faham
bahasa ombak
pukulan ombak
menghempas tepian
itulah rontaan jiwaku
yang bergetar
gerimis senja mengundang
di kala redup bertandang
mengiringi kepergianmu
yang amat perit
untuk ditelan
kicauan burung
berlagu menemani
aku tiada terkesan
siang malam
silih berganti
sampai bila kah
aku terusan begini
menggapai pelangi
di puncak rindu

Monday, March 2, 2009

Kepada semua yang mengunjung ke sini harap maaf kerana alkelantani tak berkesempatan nak menulis mungkin tak ada mood atau pun sibuk amat mungkin aku juga malas menulis. Penat pun dalam menangani karenah keadaan sekeliling yang tak faham masalah aku....aku pun tak faham apa masalah aku hahahah..Anywhere tahniah pada adik-adik Kolej 11 UPM sebab dapat hadiah keceriaan dalam Sidrat 09...ok lah u all boleh buat lagi baik tahun depan...