Friday, January 23, 2009

Happy Chinese New Year

Selambut menyambut tahun baru cina kepada semua kaum tiong hua.
Hari-hari terakhir di pejabat ni banyak nak kena settle. Maklum la cuti lama sikit.

Hati dah balik lama dah. Tinggal jasad jer belum. Kepada kawan-kaawan selamat bercuti. Kalau ada limau lebih tu bawak la sini.

Kepada anda semua dijemput ke Majlis Bacaan Puisi "Di Bawah Langit Gaza" di Rumah PENA berhampiran jalan ke Dewan Bahasa Pustaka pada 1hb Feruari 2009 jam 9.00 mlm. Jumpa anda di sana.

Thursday, January 22, 2009

Di sebuah klinik.

Doktor : Jemput duduk pak cik.
Pakcik : Terima kasih doktor, tapi saya tak boleh duduk sebab lutut kanan saya sakit.
Doktor: Oooooo....ok, nanti saya periksa. Umur pakcik berapa ya?
Pakcik : Umur pakcik tahum ni masuk 83 tahun. Dah berumur dah pakcik ni.

Doktor pun periksa keadaan lutut pakcik dan sebentar kemudian ada berlaku sedikit perselisihan faham.

Pakcik : Doktor penipu.
Doktor : Betul pakcik. Memang lutut pakcik ni sakit sebab umur pakcik dah tua.
Pakcik : Ah!!! Mana boleh.
Doktor : Ia pakcik, lutut kanan pakcik sakit sebab pakcik ni dah tua.
Pakcik : Penipu. Habis ! lutut kanan pakcik dengan lutut kiri ni sama tua.

Wednesday, January 21, 2009

Kelakar Habis

Semalam saya tumpang caj handphone kat meja kawan saya then saya keluar minum. Kebetulan saya keluar lama sikit pastu kawan sayaa tu pun da balik. Saya tercari-cari handphone saya. Rupanya dia letak dalam lacinya. Saya tengok ada mesej daripada kawan saya tu kat handphone saya.

"Mie, handphone awak ada dalam laci".
memang kelakar kawan saya.

Tuesday, January 20, 2009

Ragut

Suatu hari di pejabat.

Mamat : Woi Meon kau lalu mana tadi ?
Meon : Biasa la aku masuk LDP.
Mamat : Terkejut aku. Tadi ada kejadian ragut.
Meon : Abis tu macamana. Pergelutan ke ?
Mamat : Nasib baik ada orang tengok
Meon : Siapa ?
Mamat : Tuan dia.
Meon : Tuan ?
Mamat : Ye. Tuan lembu tu la. Aku tengok lembu sedang ragut rumput.
Meon >^(%(**)^)^)&__%%

Monday, January 19, 2009

Demi Masa
jangan ditanya
ke mana ku melangkah
usah dihitung
jauh perjalanan ku
biarpun jauh
biarpun dekat
aku kan terus
meninggalkan dirimu
biarpun jauh
biarpun dekat
ku berjalan
anggap lah dirimu
tetap ku sayang
perjalanan ku ini
perintah dan sumpah
daripada Maha Pencipta
jangan dihitung
jauh perjalanan ku
kerna niat ku satu
sampaikan peringatan
kepada dirimu
dalam kerugian
peringatan
peringatan
demi peringatan
dengan kebenaran
dengan kesabaran

Menantuku Seorang Datuk

Riuh sekampung mereka berbicara Pak Mail akan bermenantukan datuk. Apa tidaknya, mereka yang tinggal di pedalaman akan bertambah ahli qariah yang berpangkat datuk. Hampir setahun berita tersebar. Maklumlah datuk la katakan.

Suatu hari pada hari kenduri.
"Mail, aku ni nak tanya kau ni. Menantu kau ni orang mana?" Tanya Wak Seman. "Orang bandar", jawab Pak Mail ringkas. "Ni satu lagi aku nak tanya kau, dia dapat datuk daripada mana ?", tanya Wak Seman lagi. Dengan muka agak masam sedikit Pak Mail menjawab" Anak sulung dia bagi".
Penghujung Kemarau

sepulangnya aku
kuntuman bunga itu
hulur senyuman
girang riang burung
riuh rendah berpesta
sawah luas
nan terbentang
sedia terhampar
lagak sang murai
ke sana ke mari
geger mencanang
khabar kepulanganku
semilir petang
mengeluh kecil
melepaskan rindu
sang petani
rehat bersandar
unggas di hutan
asyik berwirid
di kala malam
keriuhan sekampung
sujud bersyukur
sepulangnya aku

Friday, January 16, 2009

INtiFadAh
aku seakan terdengar
pekikan dan rintihan
menyelinap ke rongga hati
suara itu
di balik dentuman
bedilan kaum angkuh
sering tergambar
waja-wajah tidak berdosa
meraung dan merangkak
lambaian tangan
mengiringi laungan takbir
dicelap kepulan asap
darah merah mengalir
mengotori wadi itu
bumi tanah tumpanya
para anbiya` Allah
Allahu Akbar! Allahu Akbar!
mentera pengubat duka
kata penguat semangat
makin kedengaran
tangisan dan rintihan
para mujahidin
sedang aku
hanya air mata
mengiringi sekalung doa
Salam intifadah buat semua muslimin dan muslimat.

Friday, January 9, 2009

Senyum Tangis Seorang Ibu

Senyum Tangis Seorang Ibu
di balik senyumanmu
terselit kepayahan
keterpaksaan
mengukir senyuman
demi kerana aku
aku memaksa
ibu tersenyum
Senyuman tawar
demi seorang anak
agar tidak tersinggung hatinya
dalam keperitan
ibu masih tersenyum
ibu masih lagi tersenyum
agar anaknya ini
bisa tersenyum
aku tidak pernah mengerti
perkataan ibu
aku tidak pernah memahami
persaan ibu
perkataan ibu
bukan pengertian yang sebenar
tapi aku memahami
air mata ibu

Suara Hati

Tutur
tanpa kata
asyik berbicara
mengira
denyutan nadi
mengunci
hela nafas
agar kata
tidak diringi nista
cerca jauh sekali
bicara
tanpa bahasa
sukar difahami
bisa menyentuh
tutur
tanpa bicara
bicara
tanpa tutur
cerminan perasaan

Thursday, January 8, 2009

Muqaddimah

alkelantani mula menulis. Menulis apa yang ku kira betul pada pandangan aku. Betul. Tak Betul. Itu bukan soal. Pentingnya tulis. Kata-kata itu ku pinjam daripada Abang Sutumg Umar RS.