Wednesday, May 27, 2009

Penjara Rindu

rindu terpenjara
dalam kusam kamar
irama sendu
berkumandang
esak gendang
bertingkah
rona kenangan
mengkupu-kupu
mengisi ruang
penjara rindu

Tuesday, May 26, 2009

gelombang jiwa
memukul
membadai
pantai hati
lantaran angin
tidak berpangkal

istana pasir
pasangan kekasih
kian lerai

sayang
rindu
kasih
teradun
sekian lama
butiran kenangan
kini
mungkinkan hanyut
bersama buih ombak

Monday, May 25, 2009

Lawak Sekampung

Badan : Satu untuk aku
Satu untuk engkau

Dua untuk aku
Dua Untuk engkau

Tiga untuk aku
Tiga untuk engkau

Lepas tiga apa daa

Nyawa : Hentam saja daaa

Badan : Hentam saja daaa untuk aku
Hentam saja daaa untuk engkau

Nyawa : Eiii apa daa

Badan : Eiii apa daa untuk aku
Eiii apa daa untuk engkau

Nyawa : Kau ni apahal ? Kenapa ni bahlul ?

Badan : Aku dulu belajar matematik dan sains dalam Bahasa Inggeris

Wednesday, May 20, 2009

lautan
seenaknya, segara
lahirnya memukau pandangan
dasar hati
tersimpan sebuah kehidupan
aku hanya bisa singgah
bertakhta tiada ku mungkin

segara
semanisnya, laut
luas hanya pada pandangan
namun setitik air jua asalmu
biar kita sama memahami

izinkan aku
biar hanya mendayung
namun di dasarmu
dapat ku nikmati
dari zahirmu

Monday, May 18, 2009

Sepi Malam

sepi malam
jiwa resah
pelabuhan hati
setia menanti
hadir sebuah cinta

antara angan
dan sedar
kabus rindu
selubungi perasaan

pandanganku kabur
antara faham
dan tidak
setiap bait kata

aku berjalan
menjejak alur rindu
puing kenangan
ku himpun
mencari realiti

sepi malam
hanyutkan perasaan
karamku di segara rindu

Tuesday, May 12, 2009

Kursus

alkelantani hari ini menghadiri kursus yang bakal berlansung selama 3 hari di Kementerian Kesihatan Malaysia. Kursus hari ke arah pembentukan jati diri dan tranformasi dalam membina kerjaya. Pelbagai aktiviti dijalankan. Banyak manfaat diperolehi sepanjang program berlansung. Untuk hari pertama, peserta hanya didedahkan dengan proses mengenal diri dalam erti kata menilai kelebihan dan kelemahan diri dalam membina keyakinan diri.

aktiviti dilakukan secara berkumpulan. ini satu cara membina semangat kerjasama dan setiakawan. kami saling mambantu dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan.

Friday, May 8, 2009

Penyucian

mendung berarak
benih hujan
mula muncul

titis air
mula gugur
harapku
penyucian
dosa dan noda